KOMEN DAN CADANGAN
Komen atau memberi
cadangan adalah kebebasan yang diberikan kepada pelajar untuk menyuarakan
pendapat mahupun pandangan tentang masalah dan lain-lain perkara yang dihadapi
sepanjang menjalani latihan industri.
Ini kerana setiap cadangan yang dikemukakan
perlu diambil perhatian untuk mengatasi dan membaiki program latihan industri
untuk masa akan datang.Setiap komen atau
cadangan yang dikemukan adalah untuk kebaikan bersama.
Sepanjang tempoh latihan industri yang
bermula 22 Jun 2015 sehingga 6 November 2015 selama enam bulan.Saya ingin
mengemukakan sedikit pendapat bagi pihak politeknik, dengan adanya latihan
industri ia dapat mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan sebenar mengikut
jurusan masing-masing.
Di samping itu, selain daripada melatih
pelajar dengan dunia pekerjaan ia akan menimbulkan kesan yang mendalam serta
pengalaman indah buat dalam diri setiap individu.Unit pengurusan latihan
industri memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar semasa mendapatkan
syarikat atau firma dan semasa menjalani latihan industri ketika pelajar
bertanyakan tentang sesuatu info atau maklumat yang berkaitan.
Akhir sekali, dari segi taklimat perlulah
menunjukkan contoh buku laporan kepada pelajar kerana terdapat pelajar tidak
sepenuhnya faham berkenaan penulisan laporan.Oleh demikian, pihak organisasi
perlu membuat pernambahan kerusi dan meja agar menjamin keselesaan pelajar
praktikal melakukan pekerjaan.Selain itu, menghiasi pejabat agar mewujudkan
suasana keceriaan.Pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan atas susunan
peralatan seperti barang yang digunakan disimpan dengan rapi dan
kemas.Pengarah perlu mengadakan perjumpaan seminggu dua kali bagi jika terdapat
masalah dikalang pekerjaan dan mengerat hubungan mesra serta pertalian silatur
rahim sesama pekerja.