SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)
Sejarah radio di Malaysia
bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor
membawa set radio pertama ke negara ini.Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan
Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Beliau
kemudian menubuhkan persatuan serupa di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless
Malaysia di Kuala Lumpur.
Pada 1930, Sir Earl
daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap
dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan
oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit
Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Ini diikuti usaha Sir
Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran British dengan
menggunakan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937.
Seterusnya Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh Negeri-Negeri
Selat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang lebih
dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaya.
No comments:
Post a Comment