MY INTERNSHIP JOURNEY

Tuesday, 10 November 2015




 

 KOMEN DAN CADANGAN




      Komen atau memberi cadangan adalah kebebasan yang diberikan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mahupun pandangan tentang masalah dan lain-lain perkara yang dihadapi sepanjang menjalani latihan industri.


      Ini kerana setiap cadangan yang dikemukakan perlu diambil perhatian untuk mengatasi dan membaiki program latihan industri untuk masa akan datang.Setiap komen atau  cadangan yang dikemukan adalah untuk kebaikan bersama.


      Sepanjang tempoh latihan industri yang bermula 22 Jun 2015 sehingga 6 November 2015 selama enam bulan.Saya ingin mengemukakan sedikit pendapat bagi pihak politeknik, dengan adanya latihan industri ia dapat mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan sebenar mengikut jurusan masing-masing.


      Di samping itu, selain daripada melatih pelajar dengan dunia pekerjaan ia akan menimbulkan kesan yang mendalam serta pengalaman indah buat dalam diri setiap individu.Unit pengurusan latihan industri memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pelajar semasa mendapatkan syarikat atau firma dan semasa menjalani latihan industri ketika pelajar bertanyakan tentang sesuatu info atau maklumat yang berkaitan.


     Akhir sekali, dari segi taklimat perlulah menunjukkan contoh buku laporan kepada pelajar kerana terdapat pelajar tidak sepenuhnya faham berkenaan penulisan laporan.Oleh demikian, pihak organisasi perlu membuat pernambahan kerusi dan meja agar menjamin keselesaan pelajar praktikal melakukan pekerjaan.Selain itu, menghiasi pejabat agar mewujudkan suasana keceriaan.Pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan atas susunan peralatan seperti barang yang digunakan disimpan dengan rapi dan kemas.Pengarah perlu mengadakan perjumpaan seminggu dua kali bagi jika terdapat masalah dikalang pekerjaan dan mengerat hubungan mesra serta pertalian silatur rahim sesama pekerja.








No comments:

Post a Comment