MY INTERNSHIP JOURNEY

Sunday, 1 November 2015



PENGHARGAAN:


               
                Terlebih dahulu saya ingin menyatakan jutaan terima kasih dan perasaan syukur   saya kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat menjalani latihan industri ini dengan baik dan dengan jayanya.


                             Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas buat Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Sumber Manusia iaitu Puan Tamil Arasi A/P Saminathan kerana sudi menerima saya dan rakan-rakan saya untuk menjalani Latihan Industri di Jabatan ini.Jutaan terima kasih kepada semua kakitangan pentadbiran dan juga kepada semua penerbit rancangan terutamanya penyelia saya sendiri Encik Rohaizulfarridz Salleh yang membantu saya serta menunjuk ajar dalam semua aspek yang terlibat semasa Pre-Production, Post Production , Dan Production. Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada Encik Kamarudin Ambak selaku penolong pengarah, Unit Drama Tv yang sentiasa memberi pendedahan kepada pelajar praktikal dalam semua aspek berkaitan kerjaya.Pengalaman bekerja sama-sama sedikit sebanyak akan saya jadikan sebagai panduan untuk terus berjaya merealisasikan cita-cita saya.
           
                             Tidak lupa kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberi nasihat dan dorongan serta memberi semangat, sokongan serta membantu saya sepanjang pengajian saya.

                            Di samping itu, saya ingin merakamkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang turut menjalani Latihan Industri di Unit Drama Tv (UDTV) iaitu rakan-rakan saya dari ASWARA, UM, KUIZ, Lim Kok Wing ,Dan rakan seperjuangan yang menuntut di politeknik yang sama dengan saya di atas segala bantuan, semangat kerjasama dan tolong-menolong serta memberikan tunjuk ajar.

                           Sebelum mengakhiri ucapan saya, jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang saya menjalani Latihan Industri ini sama ada secara langsung dan tidak langsung .Akhir kata, saya jadikan kecemerlangan sebagai asas kehidupan kita.



No comments:

Post a Comment