Seperti yang kita sedia maklum, setiap
penuntut daripada Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menjalani Latihan
Industri termasuklah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.Oleh hal yang
demikian,Latihan Industri perlu dijalani semasa berada dalam semester Empat
selama 6 bulan.
Terdapat beberapa objektif utama
Latihan Industri ini diterapkan dalam sistem pembelajaran.Antaranya ialah,
supaya para pelajar mendapat pengalaman yang bermanfaat selain ilmu yang
berguna kerana ini dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan situasi
sebenar alam pekerjaan.Ini sekaligus dapat membantu para pelajar untuk
menyediakan diri dalam menempuhi alam kerjaya samada dari segi fizikal dan juga
mental.
Di samping itu, Latihan Industri
juga dapat membentuk sahsiah iaitu keterampilan diri pelajar di mana mereka
dapat melatih diri mereka menjadi seorang pekerja yang menitikberatkan
tanggungjawab serta displin apabila berhadapan dengan etika kerja yang
diperkenalkan oleh pihak UDTV.Dalam membentuk sahsiah pelajar ini, pergaulan
yang meluas serta pengetahuan teknikal dan kemahiran yang tinggi dapat
menonjolkan kebolehan dan bakat pelajar dalam bidang yang di ceburinya.
Kadangkala, Latihan Industri
ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan diri pelajar kepada bakal penyelia
kerana mereka mungkin ditawarkan untuk bekerja di Unit berkenaan.Ini dapat
membuka peluang kepada para pelajar dan sdikit sebanyak dapat memberi
pendedahan kepada para pelajar.
Harapan semoga para pelajar
menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dan mendapat manfaat secukupnya untuk
masa hadapan kelak.
No comments:
Post a Comment