MY INTERNSHIP JOURNEY

Saturday, 27 June 2015

 

PENGENALAN KEPADA ORGANISASI





     Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'.


    Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

    Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring.Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24-jam pada 19 April 1971.


Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti:
  1. Radio 1 (Bahasa Malaysia, sekarang Klasik Nasional FM).
  2. Radio 2 (Muzik, sekarang Muzik FM).
  3. Radio 3 (stesen tempatan).
  4. Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  5. Radio 5 (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
  6. Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
  7. Radio 7 (Orang Asli, sebagai Asyik FM).
  8. Suara Malaysia (Antarabangsa)

No comments:

Post a Comment