KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri dijalankan oleh setiap
pelajar mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Setiap pelajar yang telah
mempelajari teori daan amali semasa di dalam kelas dapat diaplikasikan di
tempat kerja semasa menjalani Latihan Industri.Ini secara tidak langsung dapat
memantapkan lagi kemahiran pelajar dengan ilmu yang diperolehi semasa belajar.
Pelajar juga dapat
berkomunikasi dengan kakitangan pekerja serta berhadapan dengan situasi dengan
penyelia juga dengan para pelakon semasa di set lokasi penggambaran.Oleh hal
demikian, Ini secara tidak langsung dapat mempelajari banyak perkara yang
berkaitan dengan kehidupan serta cara mengatasi sesuatu masalah ketika
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan tersebut.Pengalaman ini
seharusnya dijadikan iktibar untuk masa hadapan dan dalam alam pekerjaan yang
sebenar kelak.
Peluang yang diberi oleh pegawai
seksyen sumber manusia untuk menjalani Latihan Industri merupakan satu peluang
keemasan yang harus digunakan dengan sebaik-baiknya untuk memperolehi seberapa
banyak ilmu yang berguna.Pelajar haruslah menggunakan peluang ini meningkatkan
lagi kemahiran kerja dan mendapat kepercayaan daripada para pekerja seterusnya
penyelia pekerja.
Akhir sekali, pelajar seharusnya
dapat belajar menyesuaikan diri dengan situasi pekerjaan yang sebenar
kelak.Sikap berdikari merupakan sesuatu yang penting dalam diri pelajar untuk
menempuh segaka yang dilalui semasa menjalani Latihan Industri ini untuk masa
akan datang.
No comments:
Post a Comment