MY INTERNSHIP JOURNEY

Friday, 31 July 2015

 

 

MENYUSUN BILANGAN MUKA SURAT SKRIP DAN  MEMBUAT PHOTOSTAP SKRIP ADAPTASI "MEK MULUNG" 

 

 

    Saya ditugaskan oleh penerbit untuk menyusun semula bilangan muka surat skrip yang bertajuk " #SayangSayang, serta membuat photostap bagi skrip adaptasi "Mek Mulung".

Thursday, 30 July 2015


PEMBACAAN SEMULA SKRIP BERSAMA PENERBIT DAN RAKAN , MEMPERBETULKAN TATABAHASA DAN MENYEDIAKAN RINGKASAN TELEMOVIE SEMPENA MAAL HIJRAH

 

 

      Saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk membaca semula skrip bagi membetulkan kesilapan tatabahasa dan juga menambah sedikit sebanyak dialog yang diperlukan dalam babk-babak tersebut.Selain itu, saya telah ditugaskan untuk menyediakan ringkasan telemovie "Lafaznya Aamiin".

Wednesday, 29 July 2015


MENGAMBIL TAPE "HATI YANG MUSAFIR" DAN MENGHADIRI RUMAH TERBUKA RTM

 


     Saya ditugaskan untuk mengambil  tape "Hati Yang Musafir bersama rakan praktikal yang lain.Selain itu saya berpeluang untuk mnghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri secara besar-besaran.

Tuesday, 28 July 2015


MENYEDIAKAN JADUAL PENGGAMBARAN,MENGECOP BORANG ,DAN MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA DI WISMA RADIO RTM.




     Saya, Farah azrina, Farah azrini telah ditugaskan untuk menyediakan jadual penggambaran telemovie "Kalimah Dari Birai Sejadah".Selain itu, saya juga diarahkan untuk membuat photostat skrip bagi telemovie "Gocoh"  beberapa salinan.Saya berpeluang menghadiri majlis jamuan hari raya.


Monday, 27 July 2015

MEMPERBAIKI PEMBENTANGAN "KELAS SEBELAH" DAN MENGHADIRI MAJLIS PENERBIT BERSAMA-SAMA PENULIS.

 



      Saya ditugaskan untuk menyediakan slide pembentangan untuk sitkom "kelas sebelah" serta saya dan rakan-rakan praktikl yang lain menghadiri majlis sesi perjumpaan bersama penerbit dan penulis-penulis.


Friday, 24 July 2015



MEMBACA DAN MEMAHAMI SKRIP SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA "KALIMAH DARI BIRAI SEJADAH"




     Saya ditugaskan untuk membaca skrip dan memahaminya supaya ia akan memudahkan kerja-kerja semasa menyediakan masterbreakdown sebelum penggambaran dijalankan.

Thursday, 23 July 2015





MENCARI MAKLUMAT MENGENAI PENYAKIT "EPILEPSI"


 


 
    Saya ditugaskan oleh penyelia saya untuk mencari maklumat mengenai penyakit "Epilepsi" yang akan dilakonkan olehh pelakon dalam telemovie "Kalimah Dari Birai Sejadah".

Wednesday, 15 July 2015

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI








15/07/15 sehingga 22/07/15 Tarikh cuti sempena umat islam menyambut hari raya aidilfitri.




Tuesday, 14 July 2015


MENYEDIA LATAR BELAKANG TELEMOVIE SEMPENA MAAL HIJRAH

 

       

      Menyediakan latar belakang untuk telemovie Sempena Maal Hijrah yang berjudul "Lafaznya Aamiin",  .

Monday, 13 July 2015




MEMPROMOSIKAN VIDEO YANG TELAH DISUNTING DI FACEBOOK DAN KERJA MEMBUAT PHOTOSTAT






    Membuat kerja-kerja photostat serta menyiapkan suntingan video bagi sitkom yang berjudul "Kelas Sebelah" bagi tujuan promosikan di laman sesawang.

Friday, 10 July 2015


MENAMBAH BAIK SUNTNGAN VIDEO DAN MENONTON PRATONTON SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI.

        Menambah baikan suntingan video "Kelas Sebelah"  serta menonton pratonton yang berjudul "Sejadah Mekah Untuk Mak " untuk siaran Sempena Hari Raya AidilFitri.

Thursday, 9 July 2015



MENYEDIAKAN PEMBENTANGAN DAN   MENGIRINGI PARA PELAKON 









         Saya ditugaskan untuk menyediakan pembentangan untuk sitkom "Kelas Sebelah".Di samping itu, saya dan beberapa rakan praktikal saya berpeluang mengiringi barisan pelakon di dalam telemovie Sempena Hari Raya AidilFitri yang bertajuk "Menantu Saat Adik Supiat" ke studio dua bagi siaran langsung untuk  "Selamat Pagi Malaysia".

Wednesday, 8 July 2015





MENONTON PRATONTON TELEMOVIE SEMPENA HARI RAYA "REKAH"



      Menonton pratonton bagi telemovie Sempena Hari Raya AidilFitri iaitu yang bertajuk "Rekah" di bawah arahan penerbit En Wan Afzam Bin Wan Daud.

Tuesday, 7 July 2015





MENONTON PRATONTON KAPSUL HARI RAYA AIDILFITRI

 

      Saya dan rakan-rakan praktikal yang lain berpeluang menonton pratonton dua buah kapsul hari raya aidilfitri di bilik Theatrette.Selepas selesai majlis pratonton tersebut unit pemasaran, unit kualiti . unit saluran TV akan memberi pandangan serta komen mengenai kapsul tersebut.Penerbit bagi kapsul tersebut akan menjawab semua persoalan yang dikemukan kepadanya.

 

Monday, 6 July 2015



MENYUNTNG VIDEO BAGI SLOT KANAK-KANAK "WAU"







     Menyambung menyunting video bagi slot kanak-kanak iaitu konda-kondi yang bertajuk "Wau".Cerita ini amat bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak dan menyampaikan mesej yang baik kepada kanak-kanak terutamanya.

Friday, 3 July 2015



MENYERTAI KASPUL HARI RAYA "MAAF ZAHIR BATIN"





       Menyertai penggambaran bagi kapsul hari aidilfitri raya yang bertajuk "Maaf Zahir Batin". Penerbit bagi kapsul ini ialah En. Ade Hasnoor Ibrahim. Penggambaran di jalankan di kawasan selangor iaitu di Hulu Langat Batu 17.Saya ke sana bersama-sama dua lagi rakan saya .Di sini , saya diberi tugasan untuk mengambilan Timecode sebelum rakaman dan selepas selesai rakaman penggambaran serta menyediakan borang kontrak yang perlu diisi oleh para pelakon yang terlibat.

Thursday, 2 July 2015


 MENYERTAI KAPSUL HARI RAYA 2015 "INIKAN RAYA"




        Sebelah pagi menyambung membuat suntingan video , Manakala sebelah malam pula, penyelia saya memberi tugasan kepada saya untuk mencatat masa mula dan masa berakhir penggambaran bagi progam kapsul sempena Hari Raya AidilFitri yang bertemakan "Inikan Raya" sehingga pukul lebih kurang 4 pagi baru selesai penggambaran tersebut.

Wednesday, 1 July 2015


MEMBUAT BREAKDOWN DAN SUNTINGAN VIDEO








     Sebelum sesuatu produksi memulakan penggambaran , wajib menyediakan Master Breakdown terlebih dahulu untuk dijadikan rujukan kepada para pelakon, krew-krew penerbitan dan semua yang terlibat.Selain itu saya turut menyambung menyunting video sitkom yang berjudul "Kelas Sebelah".